
Reflection :
Sebelum program ini bermula terdapat beberapa rintangan yang kami hadapi:
- Oleh kerana sekolah kami cuma mempunyai 5 orang guru termasuk guru besar, jadi amat banyak urusan yang perlu dibahagi-bahagikan. Oleh kerana guru sedikit kerja atau tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru amat banyak.
- Bulan September, Oktober, dan November merupakan bulan yang paling sibuk bagi warga pendidik, ditambah lagi dengan UPSR, dan hampir semua guru adalah mengajar pelajar tahun 6. serta bulan ini merupakan bulan peperiksaan. hehe semuanya cabaran.
- Kerja sekolah, laporan sekolah , laporan peringkat daerah, dan tanggung jawab lain.
- Cabaran lain ialah, ini merupakan kali pertama kami menganjurkan kempen menderma darah dan belum ada pengalaman untuk itu.
- Kempen menderma darah seperti ini merupakan yang pertama di tempat ini dan ia merupakan kejutan bagi penduduk. ini juga cabaran yang telah dihadapi.
- Untuk kempen menderma darah ini, keputusan program ini sukar dijangka, pada awalnya kami sangat risau jika program ini tidak mendapat sambutan.
Tetapi Akhirnya... Berjaya juga dilaksanakan.
Kami Warga SK. Giok Tamparuli, sangat berterima kasih kepada Maxis kerana memberi dorongan kepada kami untuk melaksanakan khidmat masyarakat ini. Sebenarnya program ini sangat besar bagi kami. dan sukar bagi kami untuk melaksanakan tanpa dorongan dan kerjasama semua pihak.
jika dilihat dari segi kekuatan pelaksanaan program ini. kami sebagai sekolah yang bukan lagi kecil tetapi kerdil sangat berterima kasih atas kerjasama semua. walaupun SK. Giok ini cuma mempunyai 5 orang guru, 1 orang kerani dan 46 orang murid keseluruhan. tetapi kami bersyukur kerana dengan kesatuan kami dapat menjadi sesuatu yang kuat. tambahan dengan bantuan kelab SKGCC ibubapa, dan YB Datuk Wilfred Madius Tangau kami dapat berjaya melaksanakannya. Walaupun sibuk dengan persidangan di Parlimen ketika ini tetapi TABIK untuk YB kerana masih sanggup menemani dan menyokong kami.
Guru Besar SK. Giok En. Juanis Johnny, kerana semangat serta sokongan yang dicurahkan kepada kami, terima kasih kepada semua guru, Cikgu Hawang PK1, Cikgu Suzzane PK2, Cikgu Asni, dan saya sendiri Jaafreddy , walaupun bulan dan minggu ini sangat-sangat sibuk tetapi dapat mengera tenaga untuk menjayakan projek MEGA ini 6 dalam 1.
ini adalah kali pertama kempen menderma diadakan di tempat ini dan sangat menggalakkan.
Penggunaan sebenar wang :
Makan - RM 260.00
Bendera - RM 100.00
Banner - RM 120.00
Sewa Dewan - RM 50.00
Tambang AJK ke Dewan - RM 93.00
Cendera kenangan YB - RM 50.00
Saguhati penderma darah - RM 131.30
Mineral water - RM 11.90
Photocopy - RM 20.80
Internet - RM 50.00
Lain-lain - RM 113.00
_____________
RM 1000.00
Sponsor :
Baju Cyberlinq warna orange 50 helai -ditaja oleh YB. Datuk Wilfred Madius Tangau.
Barangan makanan untuk diberikan kepada penderma dan pengunjung - Derma ikhlas daripada Kedai Runcit Suichin dan Kedai Runcit P.J Interprise
Cadangan masa hadapan :
- Pihak sekolah mencadangkan ia dijadikan sebagai program berterusan untuk sekolah, dalam selang 3 bulan.
- Sebagai projek Cyberlinq tahun hadapan, kami juga sudah merancang programnya dan bersedia untuk menabur bakti kepada masyarakat.
- kami telah mengedarkan borang penyertaan mengikuti ahli SKGCC, walaupun kelab ini belum berdaftar secara sahnya tetapi biarlah dengan satu kesatuan ini kami dapat berbakti serta membina hubungan yang lebih luas disamping menjadikan mereka juga sebahagian keluarga maxis.
- Kami juga bercadang untuk melibatkan seberapa banyak masyarakat untuk menyahut seruan maxis bersama-sama berbakti.
Aktiviti terlaksana kesinambungan daripada program cyberlinq tahun lepas:
- Penggunaan makmal komputer SK. Giok kepada masyarakat setempat ( setiap hari khamis jam 2 petang ke jam 4 petang )
- Mengajar komputer bagi mereka yang belum mahir.
For More information please contact us:
Mr. Jaafreddy Sinteh - 013-8798639
rxba4407jaafreddy@maxis.communities.com.my
Miss. Asni Goring - 0148536663
rxba4407asni@maxis.communities.com.my
No comments:
Post a Comment